Sunday, January 31, 2010

TERTEKAN DENGAN KOMEN

PENIAGA MELAYU dipandang/dianggap manusia paling mulia olih ramai PELANGGAN MELAYU. Kalau terdapat sedikit CACAT/CELA, maka cacat/cela tersebut jadi punca langganan dihentikan. Antara anggapan tersebut ialah seperti berikut:

a. PENIAGA MELAYU janganlah pandang PELANGGAN MELAYU seperti orang asing iaitu tidak dipedulikan/tidak diheraninya.

b. PENIAGA MELAYU mestilah mesra dengan PELANGGAN MELAYU seperti bertanya khabar dan seumpamanya sebelum PELANGGAN MELAYU berpesan BARANG atau SERVIS.

C. PENIAGA MELAYU mestilah punya DUIT TUKAR yang cukup didalam simpanan.Sebenarnya PENIAGA MELAYU sememangnya berlakon seperti berada didalam kediaman. Tiap orang yang datang dilayan seperti TETAMU. Malangnya, apabila badan terlalu letih, pergi sana & pergi sini sejak pagi ketika MULA dibuka kedai, maka layanan baik tak dapat ditunjuk.

No comments:

Post a Comment